Monday, 12 January 2015

Klinik Perdana dan "Insomnia dan Tips tidur lebih lena"

TIPS Untuk Bantu Anda Tidur Lebih Lena Dan Nyenyak

Tidur yang lena dan nyenyak adalah salah satu keperluan bagi tubuh untuk terus kekal sihat. So kalau takde tidur yang berkualiti, kesihatan optimum amatlah sukar dicapai. (Admin patut follow tips nih sebab admin selalu lewat tidur)

Tidur yang terjejas juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit seperti:

Penyakit jantung
Ulser perut
Tekanan perasaan seperti kemurungan
Kanser
Bukan main-main! Risiko penyakit yang berbahaya tu!

Boleh cuba Petua Ini Untuk Bantu Dapatkan Tidur Yang Lebih Nyenyak!

Selain daripada kekurangan nutrisi tertentu, ada banyak faktor yang memberikan kesan untuk tidur yang lena.

1.  Tutupi Jendela Bilik Tidur Kita Dengan Tirai Atau Langsir Berwarna Gelap 

Ini untuk memastikan suasana lebih kelam dan tenteram. Ia akan menimbulkan ‘mood’ untuk tidur. Dari segi saintifik, sedikit cahaya yang paling kecil pun mungkin akan menjejaskan kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin dan serotonin iaitu hormon yang membantu kita untuk tidur yang nyenyak.

Jadi, tutuplah pintu bilik tidur dan pastikan tiada lampu yang mengganggu. Tahanlah diri kita daripada menghidupkan lampu pada waktu malam walaupun untuk ke bilik air. Sebagai alternatif, kita boleh memasang mentol “low blue” dalam bilik tidur atau bilik mandi kita kerana ia tidak mengganggu pengeluaran melatonin.



2.  Suhu Blik Tidur Kita Seharusnya Dipastikan Di Bawah 21 Darjah Celcius

Rekabentuk rumah di Malaysia kebanyakan bilik tidur berada di tingkat atas yang memang pada siang harinya agak panas. Haba panas dari siang hari ini akan terus kekal sehingga ke malam hari menjadikan ruang tidur agak panas. Bilik yang panas memang tidak akan membantu anda untuk tidur dengan baik.

Kita boleh memasang penyaman udara untuk memastikan suhu di bilik tidur sesuai dan dapat dikekalkan di bawah 21 darjah celcius kerana mengikut kajian suhu bilik optimum untuk tidur yang lena adalah antara 15 ke 20 darjah celcius.

3.  Periksa Bilik Tidur Jika Wujud Sebarang Medan Elektromagnet (electromagnetic fields)

Medan elektromagnet ini boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin dan serotonin oleh kelenjar pineal. Bukan itu sahaja, ia mungkin mempunyai impak positif yang lain.

Untuk membuat pemeriksaan, kita memerlukan meter gauss. Sejenis gajet yang digunakan untuk mengesan kehadiran medan magnetik. Kita boleh mendapatkan pelbagai jenis model secara ‘online‘ dan harganya tidaklah terlalu mahal. Tetapi, menurut pakar, diiingatkan supaya kita memutuskan dulu bekalan elektrik di rumah sebelum menggunakannya untuk langkah keselamatan.

4.  Alihkan Jam Loceng & Lain-Lain Alatan Elekrik Jauh Dari Kepala Kita Semasa Tidur

Lebih-lebih jangan letak di tepi telinga atau di bawah bantal. Sekiranya memerlukan penggunaan alatan ini, jarakkan dalam lingkungan 3 kaki daripada katil kita. Bagi orang lain yang tiada masalah tidur ianya bukan satu isu besar namun untuk sesiapa yang menghadapi insomnia pelbagai langkah perlu diambilkira.

5. Penggunaan Gajet Yang Memancarkan Cahaya Wajar Di Kurangkan Sebelum Tidur

Gajet-gajet yang memancarkan jenis cahaya seperti seperti TV, iPad, laptop, telefon bimbit dan lain-lain boleh menyekat pengeluaran hormon melatonin dan seterusnya menjejaskan keupayaan kita untuk tidur lena dan meningkatkan risiko kanser.

Melatonin dapat membantu menahan radikal bebas yang berbahaya dan melambatkan penghasillan estrogen yang menyumbang kepada kanser. Sebaik-baiknya, tutuplah semua gajet-gajet itu satu jam sebelum kita masuk ke kamar tidur.




Mempertingkatkan Nutrisi Tubuh Boleh Bantu Tidur Lebih Berkualiti

Sebenarnya, ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Termasuk kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Satu kajian pernah mengaitkan 3 nutrien yang bersalingkaitan kepada 3 jenis masalah tidur yang biasa dihadapi iaitu:

Kekurangan magnesium boleh menyebabkan insomnia
Kekurangan potassium boleh menyebabkan sering terjaga di malam hari
Kekurangan vitamin D telah dikaitkan dengan rasa mengantuk yang berlebihan pada waktu siang

Kekurangan magnesium boleh menyumbang kepada insomnia. Masalah kekurangan magnesium ini sangat biasa dihadapi bukan sahaja di Malaysia malah di negara maju seperti Amerika Syarikat. Kajian menunjukkan majoriti 80 peratus rakyat Amerika menghadapi risiko kekurangan magnesium daripada pemakanan mereka seharian. Sama seperti di Malaysia. Pemakanan seharian rakyat Malaysia tidak menyumbang ke arah magnesium yang mencukupi.

Jika kita masalah seperti berikut, kita juga berisiko kekurangan magnesium:

Sistem pencernaan yang lemah yang mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap magnesium (penyakit Crohn, usus bocor, dan lain-lain).
Kencing manis terutamanya jika ia tidak terkawal, yang membawa kepada peningkatan kehilangan magnesium dalam air kencing.
Faktor Usia- Mereka yang lebih tua lebih cenderung untuk kekurangan magnesium kerana penyerapan berkurangan dengan umur dan warga tua lebih cenderung untuk mengambil ubat-ubatan yang boleh mengganggu penyerapan magnesium.
Buah pinggang yang tidak sihat yang menyumbang kepada kehilangan berlebihan magnesium dalam air kencing.
Ketagihan alkohol. Sehingga 60 peratus daripada penagih alkohol mempunyai tahap magnesium yang rendah dalam darah.
Ubat-ubatan tertentu – diuretik, antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kanser semua boleh mengakibatkan kekurangan magnesium



Kekurangan Potassium Boleh Menyebabkan Kita Sering Terjaga Di Malam Hari

Potassium adalah garam mineral yang dirujuk sebagai “garam baik.” Ia berperanan dalam mengatur tekanan darah dan berfungsi secara sinergi dengan magnesium untuk memperbaiki tidur. Gabungan ini boleh membantu mengelak kekejangan otot.



Seperti elektrolit, potassium atau kalium adalah ion yang bercaj positif yang perlu untuk fungsi tertentu seperti berinteraksi dengan natrium untuk membantu mengawal penghantaran impuls saraf, pengecutan otot dan fungsi jantung. Malah, mengimbangi kalium dan natrium dalam tubuh adalah faktor penting untuk kesihatan yang optimum.

Biasanya disyorkan supaya kita mengambil dalam 5 kali lebih kalium atau potassium berbanding natrium. Namun, kita selalu mengambil natrium atau garam ‘jahat’ berlebihan kerana banyak makan makanan yang diproses sehingga menyebabkan kebanyakan orang mengambil dua kali ganda jumlah berbanding sepatutnya. Inilah yang menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi.

Tanda-tanda kekurangan kalium teruk termasuk keletihan, kelemahan otot, sakit perut dan kekejangan, dan dalam kes-kes yang teruk ritma jantung yang tidak normal dan kelumpuhan otot.

Kekurangan Vitamin D Menyebabkan Rasa Mengantuk Berlebihan Pada Waktu Siang

Semakin banyak penyelidikan yang jelas menunjukkan keperluan vitamin D untuk kesihatan dan pencegahan penyakit. Ia juga boleh memainkan peranan yang penting dalam tidur.

Menurut penyelidikan yang dibentangkan pada perhimpunan Associated Professional Sleep Societies, individu yang berasa mengantuk waktu siang dan mengalami radang otot yang boleh mengakibatkan waktu tidur malam terjejas berkemungkinan besar tidak cukup atau kekurangan Vitamin D.


Satu kajian oleh McCarthy dan rakan-rakan telah dilakukan ke atas 153 orang pesakit yang mengadu sakit kronik akibat tidur terganggu telah menunjukkan 84 peratus daripada pesakit yang mempunyai sama ada tidak cukup (insuffieciency) vitamin D (30 peratus) atau kekurangan (deficiency) (54 peratus). Mereka membuat kesimpulan bahawa kekurangan vitamin D yang rendah boleh menyumbang kepada rasa mengantuk kerana peranannya menyebabkan keradangan sistemik.

Thursday, 8 January 2015

Klinik Perdana dan "Sendawa Bayi / Baby's Burp"

Amat penting sekali untuk anda sendawakan bayi kerana selepas menyusu, sejumlah kecil udara akan ikut serta masuk  ke dalam badan  bayi anda. 

Udara ini akan terperangkap dalam perut bayi. Oleh sebab udara ini tidak boleh keluar dengan sendiri, anda perlu sendawakan bayi anda. 

Sendawa  bayi adalah cara  mengeluarkan udara yang terperangkap. Jika tidak dilakukan, udara yang terperangkap akan membuatkan bayi tidak selesa dan juga amat berbahaya. 

Keadaan inilah yang akan menyebabkan bayi tersedak susu apabila anda terus menidurkan bayi tanpa sendawakan terlebih dahulu. Kembung perut (kolik) juga berlaku disebabkan anda tidak sendawakan bayi. 

Tanda-tanda  bayi mengalami kolik ialah  bayi berumur kurang  daripada 3 bulan, menangis dan menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis. Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama tiap-tiap hari.






4 cara sendawakan bayi

1. Bahu

Gendung bayi anda posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang  sehingga dia sendawa.

2. Meniarap di pangkuan

Meniarap bayi anda pada salah satu paha anda. Kemudian usap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.

3. Duduk menghadap ke depan

Biarkan bayi anda duduk dalam pangkuan anda dengan selesa.  Condong ke depan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar.

4. Dukung

Dukung bayi sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya. 


Klinik Perdana dan "Tips Anak yang Memilih Makanan"

10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters.



No. 1: Respect your child’s appetite

Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka untuk makan. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri jajan dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’. Hidangkan ‘small portions’ sahaja untuk anak anda untuk mengelakkan mereka merasa ‘terpaksa’ makan.

No. 2: Stick to the routine

Sediakan makanan pada  masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan,  dan tawarkan air di antara ‘meal’ dan ‘snack’.Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak anda kurang selera makan.

No. 3: Be patient with new foods

Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula. Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang-ulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama. Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma, dan tekstur – bukan sama ada ia sedap atau tidak. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.

No. 4: Make it fun 

Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong  atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.




No. 5: Recruit your child’s help

Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat bila anda membeli barang- barang rumah. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membilasnya sayur-sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.




No. 6: Set a good example

Anak umpama kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang mencoraknya. Jika kita tunjukkan contoh makan makanan yang sihat dah tentu anak-anak pun akan ikut sama.  No. 7: Be creative

Hidangkan makanan dalam tujuh warna pelangi dan dihias seperti dimasak chef terkemuka. Setiap ibu adalah chef istimewa untuk keluarga tersayang..

No. 8: Minimize distractions

Tutup TV atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu tumpuan anak anda untuk makan. Ini akan membantu anak-anak anda focus terhadap ‘makan’. Selain daripada itu, iklan-iklan di TV juga boleh mempengaruhi anak-anak untuk makan ‘makanan tinggi kandungan gula’ berbanding makan makanan yang ‘sihat’.



 No. 9: Don’t offer dessert as a reward

Jangan janjikan pencuci mulut seperti aiskrim sebagai ‘hadiah’. Ini mungkin hanya meningkatkan keinginan  anak anda untu makan makanan yang manis-manis. Anda boleh menyediakan pencuci mulut 1-2 kali seminggu atau anda boleh gantikan pencuci mulut dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt dan sebagainya. 



No. 10: Don’t be a short-order cook

Menyediakan hidangan yang berasingan untuk anak anda selepas dia menolak makanan asal mungkin menggalakkan lagi anak anda menjadi ‘picky eater’.Galakkan anak anda untuk berada di meja untuk waktu makan yang ditetapkan walaupun  dia tidak makan. Teruskan untuk menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak.


Tuesday, 6 January 2015

Klinik perdana dan "TIPS Merawat Ruam Lampin"

Assalamualaikum! :D

Bagaimana untuk merawat masalah ruam lampin ni dan cara mencegahnya!!!

Admin harap tips-tips ni dapat membantu ibu-ibu terutama sekali yang bakal menimang cahaya mata dan menambah sedikit pengetahuan tentang cara merawat bayi mereka nanti.




Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing .

Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.

Sapu krim atau losyen seperti zink oksid dengan nipis ke seluruh kulit yang terkena ruam.

Jangan campurkan baju, seluar, napkin atau apa saja pakaian bayi dengan orang dewasa.

Jangan campur dengan sabun yang kuat kuasa pencucinya kerana kulit bayi sensitif dan di takuti berlaku alahan yang lebih teruk. Guna sabun pencuci khas untuk lampin atau pakaian bayi.

Jangan guna pelembut kain atau softener walaupun kita bau wangi dan kain menjadi lembut.

Jika menggunakan lampin pakai buang, ‘cuti‘ seketika dan bertukar pada lampin kain.

Tukar lampin sekerap yang boleh untuk kebersihan dan kesihatan bayi.
Begitulah lebih kurang cara merawat ruam. Ruam yang terjadi juga anda patut perhatikan kerana ia boleh bertukar menjadi kulat dan lebih susah untuk di ubati jika di biarkan melarat.


Klinik Perdana dan "Keguguran"

Sedikit TIPS admin nak kongsi mengenai keguguran. Moga bermanfaat ye..



Sedih sangat bila dengar ibu-ibu yang datang ke klinik sebab kandungan yang kurang aktif, keluar darah dari ari-ari dan sakit perut secara tiba-tiba.




So mohonla sangat-sangat para ibu-ibu kat luar tu jaga kandungan sebaik yang mungkin ok. Mai datang Klinik Perdana Seberang Takir buat scan ultrasound. Kitorang ade buat sampai 4D scan tau. 

haaa... so buat appointment cepat-cepat ngan Klinik kitorang ok. :D



Tips :

Elakkan mengangkat benda-benda berat dan besar.

Elakkan makan benda-benda yang dalam kategori panas dan tajam seperti nenas, air tebu, durian. Jika tahap kesihatan kita kurang mememuaskan di khuatiri kandungan boleh gugur.

Kurangkan senaman yang agak berat seperti berjoging yang memerlukan anda berlari yang menggunakan sepenuh tenaga.

Elakkan minuman bergas.

Pakai pakaian yang bersesuaian dengan tahap kandungan kita.

Jangan memanjat atau melakukan pekerjaan berat.

Kalau nak di ikutkan banyak perkara yang tak boleh di lakukan dengan sewenang-wenangnya. Bukanlah semua tak boleh. JIka kita masih di peringkat awal kandungan masih terlalu ‘ fragile’.Kalau kaki terpelecok dan terjatuh, ada sesetangah orang boleh keguguran.

Ini mungkin kerana rahim mereka sendiri dalam keadaan lemah. Cuba lebih berhati-hati jika anda sedang mengharapkan kehadiran cahaya mata.

Kalau ade tips-tips lain bolela kongsi bersama okay :D

Klinik Perdana dan Tips Mengawasi Kanak-Kanak

Admin nak kongsikan sedikit tips mengawasi kanak-kanak sewaktu dalam jagaan kita tak kira la samada dorang berada di dalam kawasan rumah atau di luar sekalipun kerana budak-budak ni adalah golongan yang sangat terdedah pada bahaya.



1. Kalau di rumah, pastikan pintu pagar di kunci kerana jika anak anda bermain di luar dengan pagar tidak berkunci mereka mudah di larikan.

2.Jangan percaya pada sesiapa yang mahu minta pertolongan jika anda tidak kenal dan jangan benarkan mereka masuk lebih-lebih lagi jika anda tak kenal.



3.Pesan pada anak anda jika terlihat sesiapa datang ke rumah supaya jangan ambil apa-apa (mereka akan beri apa yang kanak-kanak suka seperti gula-gula dan permainan kanak-kanak) .Masuk ke dalam dan cepat beritahu kita.

4.Jika di luar seperti di kawasan membeli belah, jangan tinggalkan anak anda di dalam troli membeli belah dan anda sibuk ke sana ke mari mencari barang keperluan. Bawa dan tolak troli tu bersama kita .

5.Ajar anak anda mengingati nombor telefon dan bagaimana meminta pertolongan jika tersesat atau terlepas dari jagaan kita. Cara paling elok ialah menunjukkan ke arah salesgirl yang memakai uniform yang sama supaya mereka senang mengecam orang yang betul. Pengawal keselamatan juga banyak yang di ragui sekarang.

6.Jika anak anda gemar membawa beg ke mana-mana, masukkan bisnes kad anda supaya nombor telefon anda berada bersama mereka supaya senang di hubungi.

7.Jangan sesekali meminta pertolongan sesiapa sahaja yang anda tidak kenali di luar terutamanya untuk di amanahkan menjaga anak anda walaupun seketika.Jika sangat perlu seperti ke tandas, minta sales girl atau minta mereka temukan anda dengan supervisor mereka untuk menjaga anak anda seketika.

Mudah je tips ni tetapi ramai juga yang abaikan. Menyesal kemudian tiada gunanya. Keselamatan kanak-kanak adalah tanggung jawab kita. Sekali berlaku perkara yang tidak di ingini, tiada apa yang boleh di lakukan lagi.


Friday, 2 January 2015

Klinik Perdana dan "Funny Typical Baby"

Anak admin sebijik macam nih ookay.. Sangat adorable!! :D

Ibu ni pura-pura tidur bersama dengan babynya, secara diam-diam baby tuh ade plan lain plak.. huhu