Hari ni admin nak kongsi mengenai TIPS kesihatan terbaik semasa HAMIL :D
Pada mulanya anda akan merasa satu perasaan yang sangat indah semasa kehamilan jika anda dapat menjaga kesihatan diri anda dengan terbaik.
Untuk itu anda semua boleh try tips-tips di bawah untuk mendapat kesihatan maksimum semasa kehamilan!
- Makan lima atau enam hidangan seimbang setiap hari untuk tenaga dan kesihatan yang baik
(boleh makan secara kuantiti sedikit tetapi kerap, mula-mula memang susah seba kita rasa mual dan pening tetapi sekiranya diamalkan pemakanan yang baik, ini sangat membantu dalam proses badan kita menerima roh baru)
- Mengambil supplement ibu hamil pada setiap hari seperti yang diarahkan oleh doktor demi mengelakkan ibu hamil kurang nutrisi dan kurang darah.
- Minum banyak air ye! – Sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari (kafein/kopi dan pewarna tiruan harus dielakkan sama sekali)
- SAY NO TO ALCOHOL!
- Jangan sesekali merokok atau mendedahkan diri anda kepada asap rokok.
- Senaman ringan (penting untuk kesihatan anda dan juga boleh membantu mengurangkan stress)
Ambil kelas senaman kehamilan atau berjalan sekurang-kurangnya 15 - 20 minit pada setiap hari secara sederhana.
- Jangan tidur lewat (cuba untuk sekurang-kurangnya tidur 8 jam setiap malam) Jika anda mengalami gangguan tidur, cuba berjumpa doktor anda untuk mendapatkan nasihat.
P/s: Klinik perdana Seberang Takir sedia membantu.. hehe
- Pakailah pakaian yang selesa, elakkan memakai kasut yang ketat dan cuba rehatkan kaki anda beberapa kali sehari untuk mengelakkan keletihan dan bengkak pada kaki dan buku lali.
(janganlah pakai baju yang ketat-ketat, nanti baby lemas pula dalam perut)
- Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan semasa berada di dalam kenderaan. (kalau boleh duduk kat belakang demi mengelakkan air bag kereta meletup)
- Jangan mengambil ubat- ubatan di kaunter atau ubat-ubat herba tanpa berbincang dengan doktor atau pegawai perubatan anda.
Dan sentiasalah membaca Al-Quran :D
Diharap sedikit sebanyak admin dapat membantu.
No comments:
Post a Comment