Monday 12 January 2015

Klinik Perdana dan "Insomnia dan Tips tidur lebih lena"

TIPS Untuk Bantu Anda Tidur Lebih Lena Dan Nyenyak

Tidur yang lena dan nyenyak adalah salah satu keperluan bagi tubuh untuk terus kekal sihat. So kalau takde tidur yang berkualiti, kesihatan optimum amatlah sukar dicapai. (Admin patut follow tips nih sebab admin selalu lewat tidur)

Tidur yang terjejas juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit seperti:

Penyakit jantung
Ulser perut
Tekanan perasaan seperti kemurungan
Kanser
Bukan main-main! Risiko penyakit yang berbahaya tu!

Boleh cuba Petua Ini Untuk Bantu Dapatkan Tidur Yang Lebih Nyenyak!

Selain daripada kekurangan nutrisi tertentu, ada banyak faktor yang memberikan kesan untuk tidur yang lena.

1.  Tutupi Jendela Bilik Tidur Kita Dengan Tirai Atau Langsir Berwarna Gelap 

Ini untuk memastikan suasana lebih kelam dan tenteram. Ia akan menimbulkan ‘mood’ untuk tidur. Dari segi saintifik, sedikit cahaya yang paling kecil pun mungkin akan menjejaskan kelenjar pineal yang menghasilkan melatonin dan serotonin iaitu hormon yang membantu kita untuk tidur yang nyenyak.

Jadi, tutuplah pintu bilik tidur dan pastikan tiada lampu yang mengganggu. Tahanlah diri kita daripada menghidupkan lampu pada waktu malam walaupun untuk ke bilik air. Sebagai alternatif, kita boleh memasang mentol “low blue” dalam bilik tidur atau bilik mandi kita kerana ia tidak mengganggu pengeluaran melatonin.



2.  Suhu Blik Tidur Kita Seharusnya Dipastikan Di Bawah 21 Darjah Celcius

Rekabentuk rumah di Malaysia kebanyakan bilik tidur berada di tingkat atas yang memang pada siang harinya agak panas. Haba panas dari siang hari ini akan terus kekal sehingga ke malam hari menjadikan ruang tidur agak panas. Bilik yang panas memang tidak akan membantu anda untuk tidur dengan baik.

Kita boleh memasang penyaman udara untuk memastikan suhu di bilik tidur sesuai dan dapat dikekalkan di bawah 21 darjah celcius kerana mengikut kajian suhu bilik optimum untuk tidur yang lena adalah antara 15 ke 20 darjah celcius.

3.  Periksa Bilik Tidur Jika Wujud Sebarang Medan Elektromagnet (electromagnetic fields)

Medan elektromagnet ini boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin dan serotonin oleh kelenjar pineal. Bukan itu sahaja, ia mungkin mempunyai impak positif yang lain.

Untuk membuat pemeriksaan, kita memerlukan meter gauss. Sejenis gajet yang digunakan untuk mengesan kehadiran medan magnetik. Kita boleh mendapatkan pelbagai jenis model secara ‘online‘ dan harganya tidaklah terlalu mahal. Tetapi, menurut pakar, diiingatkan supaya kita memutuskan dulu bekalan elektrik di rumah sebelum menggunakannya untuk langkah keselamatan.

4.  Alihkan Jam Loceng & Lain-Lain Alatan Elekrik Jauh Dari Kepala Kita Semasa Tidur

Lebih-lebih jangan letak di tepi telinga atau di bawah bantal. Sekiranya memerlukan penggunaan alatan ini, jarakkan dalam lingkungan 3 kaki daripada katil kita. Bagi orang lain yang tiada masalah tidur ianya bukan satu isu besar namun untuk sesiapa yang menghadapi insomnia pelbagai langkah perlu diambilkira.

5. Penggunaan Gajet Yang Memancarkan Cahaya Wajar Di Kurangkan Sebelum Tidur

Gajet-gajet yang memancarkan jenis cahaya seperti seperti TV, iPad, laptop, telefon bimbit dan lain-lain boleh menyekat pengeluaran hormon melatonin dan seterusnya menjejaskan keupayaan kita untuk tidur lena dan meningkatkan risiko kanser.

Melatonin dapat membantu menahan radikal bebas yang berbahaya dan melambatkan penghasillan estrogen yang menyumbang kepada kanser. Sebaik-baiknya, tutuplah semua gajet-gajet itu satu jam sebelum kita masuk ke kamar tidur.




Mempertingkatkan Nutrisi Tubuh Boleh Bantu Tidur Lebih Berkualiti

Sebenarnya, ada banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Termasuk kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Satu kajian pernah mengaitkan 3 nutrien yang bersalingkaitan kepada 3 jenis masalah tidur yang biasa dihadapi iaitu:

Kekurangan magnesium boleh menyebabkan insomnia
Kekurangan potassium boleh menyebabkan sering terjaga di malam hari
Kekurangan vitamin D telah dikaitkan dengan rasa mengantuk yang berlebihan pada waktu siang

Kekurangan magnesium boleh menyumbang kepada insomnia. Masalah kekurangan magnesium ini sangat biasa dihadapi bukan sahaja di Malaysia malah di negara maju seperti Amerika Syarikat. Kajian menunjukkan majoriti 80 peratus rakyat Amerika menghadapi risiko kekurangan magnesium daripada pemakanan mereka seharian. Sama seperti di Malaysia. Pemakanan seharian rakyat Malaysia tidak menyumbang ke arah magnesium yang mencukupi.

Jika kita masalah seperti berikut, kita juga berisiko kekurangan magnesium:

Sistem pencernaan yang lemah yang mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap magnesium (penyakit Crohn, usus bocor, dan lain-lain).
Kencing manis terutamanya jika ia tidak terkawal, yang membawa kepada peningkatan kehilangan magnesium dalam air kencing.
Faktor Usia- Mereka yang lebih tua lebih cenderung untuk kekurangan magnesium kerana penyerapan berkurangan dengan umur dan warga tua lebih cenderung untuk mengambil ubat-ubatan yang boleh mengganggu penyerapan magnesium.
Buah pinggang yang tidak sihat yang menyumbang kepada kehilangan berlebihan magnesium dalam air kencing.
Ketagihan alkohol. Sehingga 60 peratus daripada penagih alkohol mempunyai tahap magnesium yang rendah dalam darah.
Ubat-ubatan tertentu – diuretik, antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kanser semua boleh mengakibatkan kekurangan magnesium



Kekurangan Potassium Boleh Menyebabkan Kita Sering Terjaga Di Malam Hari

Potassium adalah garam mineral yang dirujuk sebagai “garam baik.” Ia berperanan dalam mengatur tekanan darah dan berfungsi secara sinergi dengan magnesium untuk memperbaiki tidur. Gabungan ini boleh membantu mengelak kekejangan otot.



Seperti elektrolit, potassium atau kalium adalah ion yang bercaj positif yang perlu untuk fungsi tertentu seperti berinteraksi dengan natrium untuk membantu mengawal penghantaran impuls saraf, pengecutan otot dan fungsi jantung. Malah, mengimbangi kalium dan natrium dalam tubuh adalah faktor penting untuk kesihatan yang optimum.

Biasanya disyorkan supaya kita mengambil dalam 5 kali lebih kalium atau potassium berbanding natrium. Namun, kita selalu mengambil natrium atau garam ‘jahat’ berlebihan kerana banyak makan makanan yang diproses sehingga menyebabkan kebanyakan orang mengambil dua kali ganda jumlah berbanding sepatutnya. Inilah yang menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi.

Tanda-tanda kekurangan kalium teruk termasuk keletihan, kelemahan otot, sakit perut dan kekejangan, dan dalam kes-kes yang teruk ritma jantung yang tidak normal dan kelumpuhan otot.

Kekurangan Vitamin D Menyebabkan Rasa Mengantuk Berlebihan Pada Waktu Siang

Semakin banyak penyelidikan yang jelas menunjukkan keperluan vitamin D untuk kesihatan dan pencegahan penyakit. Ia juga boleh memainkan peranan yang penting dalam tidur.

Menurut penyelidikan yang dibentangkan pada perhimpunan Associated Professional Sleep Societies, individu yang berasa mengantuk waktu siang dan mengalami radang otot yang boleh mengakibatkan waktu tidur malam terjejas berkemungkinan besar tidak cukup atau kekurangan Vitamin D.


Satu kajian oleh McCarthy dan rakan-rakan telah dilakukan ke atas 153 orang pesakit yang mengadu sakit kronik akibat tidur terganggu telah menunjukkan 84 peratus daripada pesakit yang mempunyai sama ada tidak cukup (insuffieciency) vitamin D (30 peratus) atau kekurangan (deficiency) (54 peratus). Mereka membuat kesimpulan bahawa kekurangan vitamin D yang rendah boleh menyumbang kepada rasa mengantuk kerana peranannya menyebabkan keradangan sistemik.

Thursday 8 January 2015

Klinik Perdana dan "Sendawa Bayi / Baby's Burp"

Amat penting sekali untuk anda sendawakan bayi kerana selepas menyusu, sejumlah kecil udara akan ikut serta masuk  ke dalam badan  bayi anda. 

Udara ini akan terperangkap dalam perut bayi. Oleh sebab udara ini tidak boleh keluar dengan sendiri, anda perlu sendawakan bayi anda. 

Sendawa  bayi adalah cara  mengeluarkan udara yang terperangkap. Jika tidak dilakukan, udara yang terperangkap akan membuatkan bayi tidak selesa dan juga amat berbahaya. 

Keadaan inilah yang akan menyebabkan bayi tersedak susu apabila anda terus menidurkan bayi tanpa sendawakan terlebih dahulu. Kembung perut (kolik) juga berlaku disebabkan anda tidak sendawakan bayi. 

Tanda-tanda  bayi mengalami kolik ialah  bayi berumur kurang  daripada 3 bulan, menangis dan menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis. Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama tiap-tiap hari.






4 cara sendawakan bayi

1. Bahu

Gendung bayi anda posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang  sehingga dia sendawa.

2. Meniarap di pangkuan

Meniarap bayi anda pada salah satu paha anda. Kemudian usap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.

3. Duduk menghadap ke depan

Biarkan bayi anda duduk dalam pangkuan anda dengan selesa.  Condong ke depan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar.

4. Dukung

Dukung bayi sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya. 


Klinik Perdana dan "Tips Anak yang Memilih Makanan"

10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters.



No. 1: Respect your child’s appetite

Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka untuk makan. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri jajan dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’. Hidangkan ‘small portions’ sahaja untuk anak anda untuk mengelakkan mereka merasa ‘terpaksa’ makan.

No. 2: Stick to the routine

Sediakan makanan pada  masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan,  dan tawarkan air di antara ‘meal’ dan ‘snack’.Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak anda kurang selera makan.

No. 3: Be patient with new foods

Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula. Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang-ulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama. Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma, dan tekstur – bukan sama ada ia sedap atau tidak. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.

No. 4: Make it fun 

Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong  atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.




No. 5: Recruit your child’s help

Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat bila anda membeli barang- barang rumah. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membilasnya sayur-sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.




No. 6: Set a good example

Anak umpama kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang mencoraknya. Jika kita tunjukkan contoh makan makanan yang sihat dah tentu anak-anak pun akan ikut sama.  No. 7: Be creative

Hidangkan makanan dalam tujuh warna pelangi dan dihias seperti dimasak chef terkemuka. Setiap ibu adalah chef istimewa untuk keluarga tersayang..

No. 8: Minimize distractions

Tutup TV atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu tumpuan anak anda untuk makan. Ini akan membantu anak-anak anda focus terhadap ‘makan’. Selain daripada itu, iklan-iklan di TV juga boleh mempengaruhi anak-anak untuk makan ‘makanan tinggi kandungan gula’ berbanding makan makanan yang ‘sihat’.



 No. 9: Don’t offer dessert as a reward

Jangan janjikan pencuci mulut seperti aiskrim sebagai ‘hadiah’. Ini mungkin hanya meningkatkan keinginan  anak anda untu makan makanan yang manis-manis. Anda boleh menyediakan pencuci mulut 1-2 kali seminggu atau anda boleh gantikan pencuci mulut dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt dan sebagainya. 



No. 10: Don’t be a short-order cook

Menyediakan hidangan yang berasingan untuk anak anda selepas dia menolak makanan asal mungkin menggalakkan lagi anak anda menjadi ‘picky eater’.Galakkan anak anda untuk berada di meja untuk waktu makan yang ditetapkan walaupun  dia tidak makan. Teruskan untuk menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak.


Tuesday 6 January 2015

Klinik perdana dan "TIPS Merawat Ruam Lampin"

Assalamualaikum! :D

Bagaimana untuk merawat masalah ruam lampin ni dan cara mencegahnya!!!

Admin harap tips-tips ni dapat membantu ibu-ibu terutama sekali yang bakal menimang cahaya mata dan menambah sedikit pengetahuan tentang cara merawat bayi mereka nanti.




Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing .

Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.

Sapu krim atau losyen seperti zink oksid dengan nipis ke seluruh kulit yang terkena ruam.

Jangan campurkan baju, seluar, napkin atau apa saja pakaian bayi dengan orang dewasa.

Jangan campur dengan sabun yang kuat kuasa pencucinya kerana kulit bayi sensitif dan di takuti berlaku alahan yang lebih teruk. Guna sabun pencuci khas untuk lampin atau pakaian bayi.

Jangan guna pelembut kain atau softener walaupun kita bau wangi dan kain menjadi lembut.

Jika menggunakan lampin pakai buang, ‘cuti‘ seketika dan bertukar pada lampin kain.

Tukar lampin sekerap yang boleh untuk kebersihan dan kesihatan bayi.
Begitulah lebih kurang cara merawat ruam. Ruam yang terjadi juga anda patut perhatikan kerana ia boleh bertukar menjadi kulat dan lebih susah untuk di ubati jika di biarkan melarat.


Klinik Perdana dan "Keguguran"

Sedikit TIPS admin nak kongsi mengenai keguguran. Moga bermanfaat ye..



Sedih sangat bila dengar ibu-ibu yang datang ke klinik sebab kandungan yang kurang aktif, keluar darah dari ari-ari dan sakit perut secara tiba-tiba.




So mohonla sangat-sangat para ibu-ibu kat luar tu jaga kandungan sebaik yang mungkin ok. Mai datang Klinik Perdana Seberang Takir buat scan ultrasound. Kitorang ade buat sampai 4D scan tau. 

haaa... so buat appointment cepat-cepat ngan Klinik kitorang ok. :D



Tips :

Elakkan mengangkat benda-benda berat dan besar.

Elakkan makan benda-benda yang dalam kategori panas dan tajam seperti nenas, air tebu, durian. Jika tahap kesihatan kita kurang mememuaskan di khuatiri kandungan boleh gugur.

Kurangkan senaman yang agak berat seperti berjoging yang memerlukan anda berlari yang menggunakan sepenuh tenaga.

Elakkan minuman bergas.

Pakai pakaian yang bersesuaian dengan tahap kandungan kita.

Jangan memanjat atau melakukan pekerjaan berat.

Kalau nak di ikutkan banyak perkara yang tak boleh di lakukan dengan sewenang-wenangnya. Bukanlah semua tak boleh. JIka kita masih di peringkat awal kandungan masih terlalu ‘ fragile’.Kalau kaki terpelecok dan terjatuh, ada sesetangah orang boleh keguguran.

Ini mungkin kerana rahim mereka sendiri dalam keadaan lemah. Cuba lebih berhati-hati jika anda sedang mengharapkan kehadiran cahaya mata.

Kalau ade tips-tips lain bolela kongsi bersama okay :D

Klinik Perdana dan Tips Mengawasi Kanak-Kanak

Admin nak kongsikan sedikit tips mengawasi kanak-kanak sewaktu dalam jagaan kita tak kira la samada dorang berada di dalam kawasan rumah atau di luar sekalipun kerana budak-budak ni adalah golongan yang sangat terdedah pada bahaya.



1. Kalau di rumah, pastikan pintu pagar di kunci kerana jika anak anda bermain di luar dengan pagar tidak berkunci mereka mudah di larikan.

2.Jangan percaya pada sesiapa yang mahu minta pertolongan jika anda tidak kenal dan jangan benarkan mereka masuk lebih-lebih lagi jika anda tak kenal.



3.Pesan pada anak anda jika terlihat sesiapa datang ke rumah supaya jangan ambil apa-apa (mereka akan beri apa yang kanak-kanak suka seperti gula-gula dan permainan kanak-kanak) .Masuk ke dalam dan cepat beritahu kita.

4.Jika di luar seperti di kawasan membeli belah, jangan tinggalkan anak anda di dalam troli membeli belah dan anda sibuk ke sana ke mari mencari barang keperluan. Bawa dan tolak troli tu bersama kita .

5.Ajar anak anda mengingati nombor telefon dan bagaimana meminta pertolongan jika tersesat atau terlepas dari jagaan kita. Cara paling elok ialah menunjukkan ke arah salesgirl yang memakai uniform yang sama supaya mereka senang mengecam orang yang betul. Pengawal keselamatan juga banyak yang di ragui sekarang.

6.Jika anak anda gemar membawa beg ke mana-mana, masukkan bisnes kad anda supaya nombor telefon anda berada bersama mereka supaya senang di hubungi.

7.Jangan sesekali meminta pertolongan sesiapa sahaja yang anda tidak kenali di luar terutamanya untuk di amanahkan menjaga anak anda walaupun seketika.Jika sangat perlu seperti ke tandas, minta sales girl atau minta mereka temukan anda dengan supervisor mereka untuk menjaga anak anda seketika.

Mudah je tips ni tetapi ramai juga yang abaikan. Menyesal kemudian tiada gunanya. Keselamatan kanak-kanak adalah tanggung jawab kita. Sekali berlaku perkara yang tidak di ingini, tiada apa yang boleh di lakukan lagi.


Friday 2 January 2015

Klinik Perdana dan "Funny Typical Baby"

Anak admin sebijik macam nih ookay.. Sangat adorable!! :D

Ibu ni pura-pura tidur bersama dengan babynya, secara diam-diam baby tuh ade plan lain plak.. huhu

Klinik Perdana dan "1 Minute Mug Cakes : 5 Different Flavors Made in the Microwave"

Ookay.. Mesti ramai ibu-ibu kat luar sana yang takde banyak masa sangat untuk buat kek atau ade yang baru nak belajar buat kek.. (para team terung (bapa-bapa) pun boleh try jugak.. huhu (ni pengaruh faizdickie la ni)

So hari ni admin nak kongsi kat korang semua cara untuk buat "MUG CAKE"!! Woohhhoooo!! (syok sendiri plak)




Ideanya simple sahaja, gaulkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan ke dalam mug (cawan besar).

kemudian..... masuk microwave ==> set selama seminit sehingga kek kembang

dan akhir sekali letak hiasan atau frosting!

MUDAH!! anyway, admin da try buat semua kek yang ada dalam video nih.. Favourite admin for sure Funfetti cake :D

Lihat video di bawah cara untuk buat dan rujuk resipi di bawah okay! Selamat mencuba!

FUNFETTI MUG CAKE

2 tablespoons (2oz/ 60g) unsalted butter
1 large egg
2 tablespoons milk
1 teaspoon pure vanilla extract
1/4 cup (50g) granulated sugar
6 tablespoons (50g/ 1 3/4 oz) self-rising flour ( to make SF flour add 2 tsp of baking powder to 150g/6oz/1 cup plain flour)
tiny pinch of kosher salt

1. Place the butter in a large mug and microwave it for 20 to 30 seconds until melted.
2. Add the egg and whisk it in with a fork.
3. Stir in the milk, vanilla, and sugar.
4. Add the flour and salt. Mix the batter with a fork until smooth.
5. Divide the batter between two mugs. Microwave separately for 50 seconds each until risen. Take care not to overcook or the cake will dry out fast.





GLUTEN-FREE CHOCOLATE BANANA MUG CAKE

1 ripe banana
1/4 cup (4 tbsp) peanut butter (or any nut butter)
1 large egg
2 teaspoons granulated sugar
3 tablespoons unsweetened cocoa powder

1. Mash the banana in a large mug with a fork.
2. Add the nut butter and egg and mix thoroughly.
3. Stir in the sugar and cocoa and beat until smooth.
4. Divide the batter between two mugs.
5. Microwave separately for 1 minutes each until risen and firm. (every microwave is different so cooking may vary)
6. Take care not to over cook or the cake will dry out fast.
7. Best eaten straight away





RED VELVET MUG CAKE

4 tbsp flour
4 1/2 tbsp sugar
1/8 tsp baking powder
1 1/2 tbsp unsweetened cocoa powder
pinch of salt
pinch of cinnamon
3 tbsp oil
3 tbsp buttermilk (substitute sour cream or yogurt if not available)
1 egg
1 tsp Vanilla extract
1/2 tsp red food coloring

Cream cheese frosting recipe is in this video : http://youtu.be/LLjHDpj_bmQ

1. Mix all the wet ingredients together into an oversized mug using a fork until batter is smooth.
2. Add in the dry ingredients and mix until combined
3. Cook in microwave for 50 seconds. . (every microwave is different so cooking may vary)
4. Be careful not to overcook as batter will become dense and rubbery.
5. Let cake cool slightly before piping on cream cheese frosting.




APPLE CRUMBLE MUG CAKE

3 tablespoons flour
1 heaping tablespoon brown sugar
1/2 teaspoon ground cinnamon
1/8 teaspoon baking powder
1 tablespoon applesauce
1/2 tablespoon vegetable oil
1/2 tablespoon milk
1/8 teaspoon vanilla extract
crumble topping
1 tbsp butter
2 tbsp flour
1 tbsp brown sugar

1. In a small mug, mix together dry ingredients very well.
2. Add applesauce and mix until just combined (it will be thick and sticky) and then add veg oil, milk and vanilla and stir until wet; do not over mix.
3. For the crumble: In a separate bowl, combine 1 tbsp of butter, 2 tbsp of flour, 1 tbsp of brown sugar with a fork until combined.
4. Microwave on high for about 45 seconds. (every microwave is different so cooking may vary). Take care not to over cook the cake or it will dry out fast.
5. Serve with ice cream and salted caramel sauce




RAINBOW MUG CAKE 

Yields 4 mug cakes
½ cup (100g) white sugar
1 sticks (100g) butter, softened at room temperature
2 eggs at room temperature, lightly beaten
1 teaspoons vanilla extract
1 cups (110g/ 4oz) All purpose flour
½ teaspoon baking powder
¼ teaspoon baking soda
pinch salt
red, orange, yellow, green, blue, food colouring



Cream cheese frosting for serving. Watch: http://bit.ly/1j7hSiU

1. In a large bowl cream the sugar and butter together until light in colour and fluffy in texture - about 3 minutes. Use a hand whisk.
Crack in an eggs, mix in well, and follow with the nxt egg. and pour in the vanilla extract. Beat for another minute until well combined.
2. Add in the dry ingredients until just combined - don't over-mix!
3. Divide the mixture as evenly as you can between 5 bowls.
4. Add a couple of drops of food colouring to each bowl and mix very gently. - again, do not over-mix!
5. Spoon the colors between the 4 mugs one spoonful at a time. Lay the different colored cake batter on top to create a marbled effect
6. Microwave for 45 seconds (every microwave is different so cooking may vary)
7. Take care not to over cook the cake or it will dry out fast.
8. Decorate your cake with my cream cheese frosting. (see Red Velvet cake recipe above)

Klinik Perdana dan Meow! It's Kitten Feeding Time!

Sape ade kucing camnih kat umah??! Masuk time MAKAN je laju je berlari.. huhu :D


Klinik Perdana dan Video "11 Month Old Twins Dancing to Daddy's Guitar"

Comel sangat tengok baby kembar nih.. huhu

They were like telling each other, "there goes our song, let's dance."

Thursday 1 January 2015

Klinik Perdana dan Senarai persedian Untuk Bayi anda (Part 3 Trimester 3)

Tugas Trimester Ketiga anda



Bulan 7

Mengetahui apa yang akan terjadi pada 25 minggu sehingga mnggu 28 kehamilan anda.
Dapatkan maklumat lanjut tentang kaedah-kaedah melahirkan bayi anda.
Pastikan anda mengetahui tanda-tanda kelahiran pramatang.(Bayi tak cukup bulan)
Memutuskan siapa yang akan berada di dalam bilik bersalin dengan anda.
Jaga-jaga daripada terkena buasir yang pasti menyakitkan.
Beli katil dan tilam bayi anda.
Masa untuk mendapatkan stroller bayi anda!.
Payudara atau botol? Tahu semua pilihan makanan bayi anda.
Dapatkan ujian untuk penyakit kencing manis semasa mengandung.
Semak video tentang kehamilan dan penjagaan bayi.



Bulan 8

Lihat apa yang boleh dijangkakan dalam minggu 29 hingga 32 kehamilan anda.
Dapat anak lelaki? Dapatkan info untuk berkhatan (sunat) bagi bayi lelaki anda.

KLINIK PERDANA JUGA MENYEDIAKAN KHIDMAT BERKHATAN PADA HARGA YANG BERPATUTAN DENGAN KAEDAH TERKINI.

BERKHATAN AKAN DILAKUKAN OLEH PEGAWAI PERUBATAN LELAKI YANG BERTAULIAH :D



Pek beg hospitaL anda.
Membeli-belah dan belajar bagaimana untuk memasang kerusi kereta bayi anda.
Sediakan bersama-sama kit pertolongan cemas keluarga.
Beli beg lampin anda untuk menyimpan lampin.
Menghadiri kelas kelahiran anak anda.
Beritahu suami anda untuk melihat jika dia dapat mendapat cuti sempena isteri bersalin.
Membeli-belah untuk coli yang mudah (breatfeeding) 
Semak video tentang kehamilan dan penjagaan bayi.

Bulan 9

Mengetahui apa yang diharapkan sepanjang minggu terakhir kehamilan anda..
Berbincang dengan doktor anda mengenai kedudukan bayi dan bagaimana ia boleh memberi kesan bersalin.
Memilih nama bayi anda.
Membeli sling bayi (baby courier).
Kenal pasti kontraksi perut anda. 
Sediakan diri anda untuk bersalin.
Basuh dan simpan pakaian baru bayi anda.
Bersedia untuk berpantang selepas beberapa minggu anda bersalin.
Berehat dan menikmati hari-hari terakhir sebelum bersalin!
Semak video mengenai kelahiran & melegakan kesakitan.




Klinik Perdana dan Senarai persedian Untuk Bayi anda (Part 2 Trimester 2)

Tugas Trimester Kedua anda

Bulan 4

Ketahui apa yang bakal berlaku semasa minggu 13 melalui 16.
Menyemak semula bajet anda untuk perkakas bayi anda.
Mula membeli-belah untuk pakaian bersalin.
Daftar sekarang untuk kelas antenatal!
Ambil gambar yang ultrasound bayi! 

(KLINIK PERDANA KITORANG ADA MENYEDIAKAN 
KHIDMAT SCAN BABY 2D, 3D DAN 4D)

Jika anda RH negatif, ia masa untuk bertanya pada doktor anda tentang suntikan RhoGam.
Mengambil gambar perut anda yang sedang membesar.


Bantu suami anda untuk menjadi ayah yang baik - Aturkan jadual bersama untuk belajar info mengenai penjagaan bayi.
Ketahui tips perjalanan di dalam kereta bersama bayi anda.
Tips untuk menaiki kapal terbang
Semak tentang kehamilan & pembangunan bayi.

Bulan 5

Mengetahui apa yang bakal berlaku pada minggu 17 hingga 20 kehamilan.
Masa untuk memberitahu majikan anda dan mengemas kini diri anda untuk mendapatkan cuti bersalin syarikat anda.
Bajet keperluan bayi anda.
Buat keputusan sama ada anda mahu mengetahui jantina bayi anda sekarang atau biarkan ia menjadi kejutan.
Jadualkan pemeriksaan gigi berkala.
Bersedia sekiranya diserang gastrik (Pedih ulu hati)
Adakah bayi bergerak? Ketahui apa yang diharapkan dari tendangan pertama bayi!
Lakukan yoga pranatal untuk senaman minda dan badan.
Semak tentang kehamilan & pembangunan bayi.

Minggu ke 18 bayi


Bulan 6

Lihat apa yang boleh dijangkakan pada minggu 21 hingga 24 kehamilan.
Uji penglihatan anda. Perubahan kadar penglihatan anda semasa kehamilan adalah biasa, dan merupakan salah satu tanda komplikasi kehamilan.
Cipta satu masa untuk keluar dan memanjakan diri anda! 
Masa untuk membuat persediaan nurseri anda.
Semak tentang kehamilan & pembangunan bayi.

Dapatkan maklumat mengenai nasihat mengenai adab.


Klinik Perdana dan Senarai persedian Untuk Bayi anda (Part 1 Trimester 1)

To Do List! - Bersedia untuk bayi anda!!

Tahniah kepada kehamilan anda. Dalam bulan yang akan datang akan ada banyak perkara itu perlu dilakukan dan bersedia untuk ketibaan bayi anda. Admin telah menyediakan senarai semak yang mudah dari bulan ke bulan untuk membantu anda tahu apa yang perlu untuk dilakukan sepanjang kehamilan anda dan  6 bulan pertama bayi anda.

KLINIK PERDANA SEBERANG TAKIR MENYEDIAKAN KHIDMAT NASIHAT DAN RAWATAN PENUH TERHADAP IBU YANG MENGANDUNG. 

DOKTOR PEREMPUAN MUSLIMAH YANG AKAN MERAWAT / MEMERIKSA PARA-PARA IBU YEE.. :D



Tugas Trimester pertama anda

Bulan 1

Masa untuk berkongsi berita baik dengan pasangan dan rakan-rakan anda!
Mula mengambil asid folik (atau supplement lain) setiap hari.
Mula fikirkan Nama untuk Bayi.
Selidik senarai Hospital yang anda ingin bersalin.
Pilih Doktor anda.
Jadualkan pemeriksaan pertama "pranatal" anda dengan Doktor anda.
Ketahui asas-asas perkembangan janin anda.
Dapatkan tarikh kemungkinan anda akan bersalin.
Berhenti merokok, minum, dan mengurangkan pengambilan kafein.
Tahu apa yang selamat dan apa yang tidak semasa mengandung.
Mulakan jurnal kehamilan.
Jalinkan hubungan dengan ibu-ibu mengandung yang lain untuk bertukar pengalaman dan nasihat.
Semak info mengenai kehamilan & pembangunan bayi.

Bulan 2

Ketahui apa yang bakal berlaku sepanjang minggu 5 melalui 8.
Melakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot pelvik. 
(Nanti admin post cara-caranya selepas nih okay)


Mulakan makan makanan yang sihat dan berkhasiat pranatal.( http://klinikperdanaterengganu.blogspot.com/2014/12/klinik-perdana-dan-10-tips-kesihatan.html )
Melawan keresahan dan kebimbangan kehamilan trimester pertama.
Ketahui lingkungan berat badan kehamilan optimum anda.
Belajar cara kendalikan untuk buang gas, nak buang air kecil dan lain-lain gejala awal yang tidak selesa semasa kehamilan.
Mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan loya anda.(ubat-ubatan)
Semak tentang kehamilan & pembangunan bayi.

Bulan 3

Ketahui apa yang bakal berlaku sepanjang minggu 9 melalui 12 kehamilan.
Adalah coli anda tiba-tiba tidak selesa? Sila membeli-belah untuk coli baru dan belajar tentang perubahan payudara kehamilan.
Mulakan rutin senaman pranatal yang selamat.
Bercakap dengan doktor anda tentang mendapatkan vaksin selesema.
Tahu apa yang diharapkan daripada ujian saringan awal. (Sila tanya doktor anda)
Kongsi pengalaman kehamilan anda bersama pasangan.
Dapatkan maklumat lanjut jika anda mempunyai anak kembar.
Pergi berurut! (massage)
Mengurus perubahan mood kehamilan.(Kawal emosi stress)
Minum banyak air.
Semak tentang kehamilan & pembangunan bayi.


 Pregnancy Menu Plan


Klinik Perdana dan "Funny Guy Jerome Jarre"

Seriously mamat (Jerome Jarre) ni memang funny++..

Bila-bila masa layan mamat ni pun admin masih boleh gelak.

Klinik Perdana dan Penyakit Kuning (Newborn Jaundice)

Neonatal jaundice adalah satu keadaan yang sangat kerap berlaku pada bayi yang baru lahir. Dianggarkan lebih daripada 50% bayi mengalami keadaan ini. 'Jaune' dalam bahasa Perancis bermakna kuning.




Tanda-tanda

Sakit kuning ini dapat dilihat tanda-tandanya dengan melihat warna kulit bayi yang menjadi kuning.

Selain daripada itu, mata putih bayi kelihatan agak kuning juga. Selalunya ia bermula pada hari kedua dan ketiga dan menjadi paling buruk pada hari keempat. Kebanyakannya hilang dalam masa sepuluh hari.



Kenapa ini berlaku

Kekuningan ini adalah disebabkan oleh bahan kumuhan sel darah merah yang dinamakan bilirubin di mana ianya berwarna kuning.

Semasa di dalam kandungan, bahan kumuhan bayi dibuang melalui placenta (tali perut). Setelah bayi itu dilahirkan, fungsi-fungsi badannya akan bergantung sepenuhnya kepada hati (liver) bayi tersebut. Hati memainkan peranan penting untuk membuang bahan-bahan toksik dan bahan kumuh.

Biasanya hati bayi yang baru lahir tidak sempurna sepenuhnya. Oleh itu, pembuangan bilirubin tidak berlaku dengan baik. Hasilnya, bilirubin ini berkumpul di dalam badan bayi dan inilah yang menyebabkan kekuningan ini.




Adakah ia merbahaya

Selalunya keadaan ini tidak merbahaya dan ia akan sembuh. Bagaimanapun sekiranya ia semakin teruk, rawatan lanjut diperlukan dengan segera.

Ia dapat dikenalpasti sekiranya kulit masih kelihatan kekuningan selepas beberapa hari atau paling lama dua minggu. Antara tanda lain ialah apabila kekuningan kelihatan semakin merebak dari bahagian kepala ke bahagian-bahagian badan yang lain.

Ini mungkin terjadi bila bilirubin semakin banyak dihasilkan dan pembuangannya dari sistem badan terlalu lambat.

Sekiranya ini terjadi, paras bilirubin di dalam badan akan meningkat ke tahap toksik dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel otak.


Perkara-perkara lain

Bayi yang disusukan berkemungkinan mendapat sakit kuning. Ia dipanggil Breast Milk Jaundice dan berlaku dalam 1 hingga 2% bayi sahaja. Breast Milk Jaundice bermula agak lewat iaitu lebih kurang pada hari kelima kelahiran dan ia boleh menjangkau sehingga enam minggu.

Antara yang boleh dilakukan ialah penyusuan diberhentikan untuk beberapa hari. Pemberian susu formula atau susu kambing (dalam masyarakat Melayu) menyebabkan sakit kuning ini sembuh dengan cepat.

Bagaimanapun, keadaan bayi yang memerlukan pemakanan yang sepatutnya pada saat awal kelahiran harus dipertimbangkan sebelum pemberhentian susu badan dilakukan. Sekiranya anda dinasihatkan melakukannya, anda digalakkan menggunakan breast pump pada hari-hari anda tidak menyusukan bayi tersebut - ini adalah untuk mengekalkan ransangan pada buah dada dan pengeluaran susu.

Pemberian susu menyebabkan bayi lebih banyak membuang air dan ini boleh membantu menyingkirkan bilirubin di dalam badannya.

Meconium, iaitu najis bayi yang mula-mula dikeluarkan mengandungi banyak bilirubin. Pembuangan air yang kerap bermakna lebih banyak bilirubin dibuang dan ini bermakna kemungkinan untuk bayi mendapat sakit kuning adalah kurang.


Bayi yang diberi susu ibu sekurang-kurangnya lapan kali sehari lebih jarang menghidap sakit kuning.




Neonatal jaundice disebabkan oleh hati yang tidak boleh memproses pembuangan bilirubin di dalam badan, dan bukannya kerana jangkitan kuman atau virus hepatitis dan sebagainya.

Tidak ada langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu semasa mengandung atau selepas sahaja melahirkan anak yang boleh menghalang kejadian jaundice ini.

Sinaran UV di dalam cahaya matahari (awal pagi dan petang semasa matahari tidak terik) membantu penukaran bilirubin kepada bahan yang boleh larut di dalam air. Bahan ini kemudiannya dengan mudah dibuang melalui air kencing dan najis besar bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi hendaklah tidak didedahkan pada jangka waktu yang panjang kerana kulitnya yang nipis dan sensitif.

Selain daripada itu, phototherapy juga boleh dijalankan sebagai rawatan alternatif yang sangat berkesan.








Gambar di atas merupakan mesin fototerapi yang boleh disewakan untuk dibawa balik ke rumah agar rawatan terhadap bayi lebih selesa dan rapi. - Klinik Perdana Seberang Takir - Sewa Phototherapy Bilibaby

https://www.facebook.com/pages/Sewa-Phototherapy-Bilibaby/554616911313036?hc_location=timeline



Pemberian ubat, herba dan sebagainya tidak dibenarkan. Ini kerana hati bayi yang mengalami jaundice masing belum matang dan tidak berupaya memproses ubat atau herba yang diberi. Sebaliknya ia mungkin menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Pathological Jaundice adalah keadaan di mana sakit kuning ini disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu seperti jenis darah ABO atau Rhesus yang tidak serasi, jangkitan, sakit hati (liver damage) dan sebagainy. Oleh itu adalah penting rawatan lanjut dibuat sekiranya sakit kuning tidak sembuh dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

Klinik Perdana dan Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Kebanyakan bakal ibu mula akan mula berasa gentar kerana hari melahirkan bayi semakin tiba. Dahla tak sabar nak menatap wajah comel yang dinanti, jauh di sudut hati tetap rasa berdebar juga.



Tak kira la sama ada ni pengalaman pertama atau pengalaman yang seterusnya, perasaan takut tetap sama. Tetapi sudah tentu bakal mama yang baru pertama kali lagi kuat debarannya.

Bagi ibu yang berpengalaman, pasti sahaja sudah sedia maklum apa tanda-tanda yang menunjukkan masa bersalin semakin hampir.

Untuk bakal mama yang baru pertama kali, jom semak tanda-tanda berikut supaya anda lebih bersedia menghadapi saat-saat mendebarkan tersebut.

1. Ngilu di bahagian ari-ari

Semakin anda hampir hendak bersalin, rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa. Bakal mama juga lebih kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.


2. Sakit tulang belakang

Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan. Ini kerana di akhir kehamilan, berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.



3. Keluar lendir berdarah

Ada sesetengah bakal mama akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.


4. Keluar air ketuban

Tidak semua bakal mama mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.


5. Kontraksi rahim

Jika memang sudah sampai masanya, anda akan mengalami sakit kontraksi yang beturutan bermula sejam sekali sehingga lima minit sekali dan menjadi semakin kerap. Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu. Jadi, ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul.


6. Bukaan pintu rahim

Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak momen indah sebelum bergelar ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm ini adalah kesakitan yang paling sakit namun ia satu nikmat kelegaan saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.