Wednesday 31 December 2014

Klinik Perdana dan Diarrhea / Cirit Birit

Orait!
Buat pertamanya admin nak mintak maaf sebab share video yang sangat wuuueeekk!! nih... (sebenarnya agak lucu jugak)

Tapi cerita sebenarnya admin kena diarrhea (cirit birit / berak cair dan admin dapatlah idea nak tulis post ni) so admin nak kongsi ngan korang semua tips dan info mengenai Diarrhea.

P/s: Nasib baik ade Klinik Perdana, dapat la admin mintak MC :b huhu... Rawatan pun tip top! ngee...


Punca Diarrhea atau Cirit-birit!





Individu yang boleh mengalami cirit-birit jika :

-Tidak biasa memakan makanan yang tertentu atau makanan tersebut tidak sesuai bagi perutnya.

-Antara punca cirit-birit ialah alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin.

-Bayi juga sering mengalami masalah cirit-birit kerana tidak sesuai dengan susu formula yang diberikan.

-Jika cirit-birit berlaku kepada lebih daripada seorang individu dalam tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama, kita boleh mengesyaki keracunan makanan telah berlaku.
-Botulisme merupakan satu fenomena yang berlaku akibat keracunan makanan oleh kuman Clostridium botulinum.

-Ia sering dikaitkan dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih dan juga terdapat dalam makanan bertin.

-Pesakit akan mengalami masalah pertuturan, kesukaran untuk menelan, kesesakan nafas dan kelumpuhan pada bahangian usus.

-Keadaan ini akan menjadi lebih serius jika pesakit mengalami kelumpuhan di bahagian saluran pernafasan.

-Masalah keracunan ini boleh dicegah dengan memanaskan makanan dalam tin selama 10 minit untuk membunuh spora yang dihasilkan oleh kuman dan menghapuskan racun tersebut.





Kalau tak faham poster ni boleh tanya admin ookay :D

Poster ni dalam bahasa Indon (bole faham sikit-sikit la sebab admin selalu lipat kain ngan mak depan TV tapi mak suka tengok sinetron indon, soo bahasa indon tu da adapt da kat otak.. huhu)


Cara Merawat Cirit Birit Tanpa Ubat-Ubatan

Masalah cirit-birit akut yang tidak serius disertai dengan muntah-muntah boleh reda dengan sendiri. Kaedah pemakanan yang sesuai boleh membantu menggantikan cecair dan garam mineral yang hilang.

Penggantian cecair dan garam mineral yang telah diambil terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua. Di antara kaedah yang boleh dilakukan ialah:

1. Berikan larutan yang mempunyai garam mineral dengan kerap dalam jumlah yang sedikit, ubat boleh didapati daripada kedai farmasi atau klinik.

(ORS - Oral Rehydration Salt.. tanye je akak atau abang farmasi dorang mesti tahu punya. Kat Klinik Perdana pun ade tapi kita siap bagi ubat-ubatan lain agar Diarrhea dapat ditangani dengan lebih efektif) :D




Yang ni ORS perisa Orange! :D


2. Berikan makanan yang mudah dihadam (makanan yang lembut).

3. Bagi kanak-kanak, susu berfomula yang tidak serasi dengan mereka mungkin perlu ditukarkan.

4. Bagi kanak-kanak yang meminum susu ibu, ia patut diteruskan.

5. Elakkan makanan yang berlemak dan pedas.

Cara-cara merawat cirit birit di atas ini hanyalah sebagai panduan bagi mereka yang mengalami diarrhea yang kurang teruk.

Bagi mereka yang mengalami masalah diarrhea yang kronik dipersilakan untuk bertemu dengan doktor, oookay!! :D

No comments:

Post a Comment