Wednesday, 31 December 2014

Klinik Perdana dan Diarrhea / Cirit Birit

Orait!
Buat pertamanya admin nak mintak maaf sebab share video yang sangat wuuueeekk!! nih... (sebenarnya agak lucu jugak)

Tapi cerita sebenarnya admin kena diarrhea (cirit birit / berak cair dan admin dapatlah idea nak tulis post ni) so admin nak kongsi ngan korang semua tips dan info mengenai Diarrhea.

P/s: Nasib baik ade Klinik Perdana, dapat la admin mintak MC :b huhu... Rawatan pun tip top! ngee...


Punca Diarrhea atau Cirit-birit!





Individu yang boleh mengalami cirit-birit jika :

-Tidak biasa memakan makanan yang tertentu atau makanan tersebut tidak sesuai bagi perutnya.

-Antara punca cirit-birit ialah alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin.

-Bayi juga sering mengalami masalah cirit-birit kerana tidak sesuai dengan susu formula yang diberikan.

-Jika cirit-birit berlaku kepada lebih daripada seorang individu dalam tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama, kita boleh mengesyaki keracunan makanan telah berlaku.
-Botulisme merupakan satu fenomena yang berlaku akibat keracunan makanan oleh kuman Clostridium botulinum.

-Ia sering dikaitkan dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih dan juga terdapat dalam makanan bertin.

-Pesakit akan mengalami masalah pertuturan, kesukaran untuk menelan, kesesakan nafas dan kelumpuhan pada bahangian usus.

-Keadaan ini akan menjadi lebih serius jika pesakit mengalami kelumpuhan di bahagian saluran pernafasan.

-Masalah keracunan ini boleh dicegah dengan memanaskan makanan dalam tin selama 10 minit untuk membunuh spora yang dihasilkan oleh kuman dan menghapuskan racun tersebut.





Kalau tak faham poster ni boleh tanya admin ookay :D

Poster ni dalam bahasa Indon (bole faham sikit-sikit la sebab admin selalu lipat kain ngan mak depan TV tapi mak suka tengok sinetron indon, soo bahasa indon tu da adapt da kat otak.. huhu)


Cara Merawat Cirit Birit Tanpa Ubat-Ubatan

Masalah cirit-birit akut yang tidak serius disertai dengan muntah-muntah boleh reda dengan sendiri. Kaedah pemakanan yang sesuai boleh membantu menggantikan cecair dan garam mineral yang hilang.

Penggantian cecair dan garam mineral yang telah diambil terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua. Di antara kaedah yang boleh dilakukan ialah:

1. Berikan larutan yang mempunyai garam mineral dengan kerap dalam jumlah yang sedikit, ubat boleh didapati daripada kedai farmasi atau klinik.

(ORS - Oral Rehydration Salt.. tanye je akak atau abang farmasi dorang mesti tahu punya. Kat Klinik Perdana pun ade tapi kita siap bagi ubat-ubatan lain agar Diarrhea dapat ditangani dengan lebih efektif) :D




Yang ni ORS perisa Orange! :D


2. Berikan makanan yang mudah dihadam (makanan yang lembut).

3. Bagi kanak-kanak, susu berfomula yang tidak serasi dengan mereka mungkin perlu ditukarkan.

4. Bagi kanak-kanak yang meminum susu ibu, ia patut diteruskan.

5. Elakkan makanan yang berlemak dan pedas.

Cara-cara merawat cirit birit di atas ini hanyalah sebagai panduan bagi mereka yang mengalami diarrhea yang kurang teruk.

Bagi mereka yang mengalami masalah diarrhea yang kronik dipersilakan untuk bertemu dengan doktor, oookay!! :D

Klinik Perdana dan "The Power of Words"

Malam nih memang admin feefeeling sangat-sangat.. huhu



Kali ni admin nak kongsi satu video yang satu ketika dahulu pernah membuatkan hati admin terbuka tuk jadi seorang insan yang lebih baik. (at least ambe da jadi lebih baik dari dulu ookay )

Rasa simpati admin sangat tinggi malayang sampaikan admin boleh nanges (menangis! fail melayu admin nih)

Okay.. Meh admin nak elaborate sikit tentang video nih.

Video ini mengisahkan tentang seorang orang tua yang buta dan tiada tempat tinggal (kira cam homeless gitu la) duduk di tepi jalan untuk meminta simpati orang ramai dengan papan tanda "I'm blind, please help".

So memang ramai yang lalu lalang tapi hanya segelintir saja yang berhenti dan memberi sedekah kepada orang tua tersebut.

Tetapi semua itu BERUBAH apabila ade sorang minah yang lalu dan menukar AYAT pada papan tanda orang tua tersebut. Lihat kisah selanjutnya dibawah ookay :D

Klinik Perdana dan Movie Pendek Thai

Admin pertama kali menonton movie pendek ini rasa tersentuh hati sangat-sangat dan ianya memberi impak dan pengajaran yang sangat besar pada admin!

feefeeling plak gitu.. huhu

But seriously korang kena tengok video ni..

Movie pendek ini berdasarkan kisah sebenar "Based on true story" yang menceritakan tentang seorang remaja yang masih bersekolah tetapi sudah mempunyai seorang anak yang didakwa oleh rakan-rakanya bahawa anak itu adalah hasil anaknya bersama "sugar daddy" (maksudnye minah ni jadi pompuan simpanan org kaya laa..)









Hmmmph! Geram plak admin bila minah tu kena tuduh macam tu sedangkan die sayang sangat kat anak die tu. Terdapat kebenaran dan nilai murni di dalam kesulitan yang ditempuhi oleh remaja ni. 



Tak semua orang boleh lakukan ape yang die buat. Sila tonton sampai habis ookay untuk tahu kesudahannya :D

Klinik Perdana dan Cara Untuk Mengurut Bayi

Salam semua!

Admin da janji haritu yang admin nak kongsi cara untuk urut bayi.
Video ini dibawakan oleh "Perinatal Society of Malaysia and Johnson's Baby"



Video ni boring sikit sebab ade penerangan yang detail. So kalau nak cepat bole skip terus ke minit 3:43. :D



Klinik Perdana dan TEKNIK menenangkan bayi yang menangis

Admin ada beberapa TIPS yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis.



1. Bedungkan dia dan peluk dengan kuat

Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung.

Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.




2. Dapatkan bunyi/ritma yang sekata

Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian.

3. Buai-buaikan bayi.

Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.

Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

4. Cuba kaedah urutan pada bayi

Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda.


Nanti admin kongsi video untuk mengurut bayi okay :D (maybe next post ni admin buat)

















5. Biarkan dia menghisap sesuatu (tetapi admin tak galakkan bayi diberi pacifier okay)

Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. “Hisapan penyelesa” boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

6. Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda

Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:

Tarik nafas panjang.

Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.

Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.

Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.

Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain tentang cara untuk menangani tangisan bayi.

Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.

Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi.

Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti




Klinik Perdana dan TIPS Kesihatan IBU Hamil

Hari ni admin nak kongsi mengenai TIPS kesihatan terbaik semasa HAMIL :D



Pada mulanya anda akan merasa satu perasaan yang sangat indah semasa kehamilan jika anda dapat menjaga kesihatan diri anda dengan terbaik.

Untuk itu anda semua boleh try tips-tips di bawah untuk mendapat kesihatan maksimum semasa kehamilan!

- Makan lima atau enam hidangan seimbang setiap hari untuk tenaga dan kesihatan yang baik



(boleh makan secara kuantiti sedikit tetapi kerap, mula-mula memang susah seba kita rasa mual dan pening tetapi sekiranya diamalkan pemakanan yang baik, ini sangat membantu dalam proses badan kita menerima roh baru)

- Mengambil supplement ibu hamil pada setiap hari seperti yang diarahkan oleh doktor demi mengelakkan ibu hamil kurang nutrisi dan kurang darah.






- Minum banyak air ye! – Sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari (kafein/kopi dan pewarna tiruan harus dielakkan sama sekali)

- SAY NO TO ALCOHOL!

- Jangan sesekali merokok atau mendedahkan diri anda kepada asap rokok.



- Senaman ringan (penting untuk kesihatan anda dan juga boleh membantu mengurangkan stress)

 Ambil kelas senaman kehamilan atau berjalan sekurang-kurangnya 15 - 20 minit pada setiap hari secara sederhana.



- Jangan tidur lewat (cuba untuk sekurang-kurangnya tidur 8 jam setiap malam) Jika anda mengalami gangguan tidur, cuba berjumpa doktor anda untuk mendapatkan nasihat.

P/s: Klinik perdana Seberang Takir sedia membantu.. hehe





- Pakailah pakaian yang selesa, elakkan memakai kasut yang ketat dan cuba rehatkan kaki anda beberapa kali sehari untuk mengelakkan keletihan dan bengkak pada kaki dan buku lali.

(janganlah pakai baju yang ketat-ketat, nanti baby lemas pula dalam perut)








- Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan semasa berada di dalam kenderaan. (kalau boleh duduk kat belakang demi mengelakkan air bag kereta meletup)

- Jangan mengambil ubat- ubatan di kaunter atau ubat-ubat herba tanpa berbincang dengan doktor atau pegawai perubatan anda.





Dan sentiasalah membaca Al-Quran :D

Diharap sedikit sebanyak admin dapat membantu.

Monday, 29 December 2014

Klinik Perdana dan Tutorial Penggunaan Mesin Fototerapi (Newborn Jaundice)

Assalamualaikum semua!

Kali ni admin ade buat satu video (amatur) berkenaan dengan cara / tutorial pemakaian mesin Fototerapi Klinik Perdana Seberang Takir.



So admin pun ade upload kat homepage video tuh.. Please LIKE okay :D huhu

Ni link die:

https://www.facebook.com/pages/Sewa-Phototherapy-Bilibaby/554616911313036?hc_location=timeline

dan Admin ade post kat YOUTUBE jugak!!

Pegi tengok dan sila beri feedback okay :D

http://youtu.be/XAHI2YN1LEA







Klinik Perdana dan Perkhidmatan Fototerapi (Newborn Jaundice)

Yang ni admin khaskan post berkenaan dengan perkhidmatan "Home Phototherapy" ataupun "Rawatan Fototerapi yang boleh dilakukan di rumah"!

Ini adalah di antara pesakit yang pernah menggunakan khidmat mesin Fototerapi kitorang :D

Alhamdulillah dia siap post kat page kitorang beritahu yang mesin ni memang berbaloi. Gembira admin dapat feedback yang meletop gini.


Ni merupakan page lama kitorang sambil menunggu renovation Klinik Perdana siap di Taman Pinggiran Airport (berhadapan dengan KEM ASKAR Seberang Takir / Jalan menuju ke AIRPORT).

https://www.facebook.com/klinikperdanaterengganu

Please like banyak-banyak okay :D

Huhu.. baru semangat sikit admin nak buat promosi klinik dan berkongsi masalah kesihatan ibu dan anak/bayi.

Page ni akan ditukar nama daripada "Sewa Phototherapy Bilibaby" ke ==>> "Klinik Perdana Seberang Takir" secara rasminya apabila Klinik Perdana siap renovation dan beroperasi.

WARGA TERENGGANU SILA TUNGGU PROMOSI KLINIK KITORANG OKAY!! 

Jumlah mesin Fototerapi yang available kat Klinik Perdana semuanya ada 5 Unit dan biasanya ditempah terlebih dahulu dengan panggilan telefon. So sila tempah terlebih dahulu takut-takut nanti datang Klinik admin takde mesin yang available pula. :D



Yang ni kita ade 2 mesin available. Yang lain semua da disewakan.

Harus diingat mesin ini kesan sampingannya boleh dikatakan hampir tiada terhadap bayi.

Hanya perlu pastikan bayi cukup menyusu :D

Doktor kita sedia membantu para ibu dan bapa yang mempunyai apa-apa soalan. Feel free to ask our Doctor.












Mesin ini merupakan di antara mesin yang terbaru dan paling EFEKTIF! 

Mesin ini tidak memerlukan penutup mata dan tidak panas!



Mesin Fototerapi Klinik Perdana juga selesa digunakan dan bayi boleh tidur semasa rawatan ini dijalankan. Ibu juga boleh tidur dan baring di sisi bayi semasa rawatan dilakukan.





BiliBed Phototherapy System for Hyperbilirubinemia

Rental price RM120 / day
Rental location : Kuala Terengganu area
Call for booking : 0138508929
Whatsapp : 0137006685


SSM No: TR0136430-H

A newborn baby with hyperbilirubinemia needs more than just phototherapy – he also needs to be close to his mother.

Medela BiliBed Phototherapy System for Hyperbilirubinemia
Baby-friendly treatment with BiliBed

Medela places therapy for newborns with hyperbilirubinemia in the cradle, literally, because the BiliBed can be fitted into most standard hospital cots. This means that the baby stays with his mother, so that she can still pay close attention to her baby during therapy.

No eye protection necessary

During treatment of hyperbilirubinemia the baby is wrapped in a soft Bilicombi blanket on the BiliBed. As the baby is protected by the Bilicombi blanket from spread light, there is no need for any inconvenient eye protection.

Easy to use

To treat hyperbilirubinemia, the cot mattress is replaced by the BiliBed. The baby is laid on the baby support in the fleecy Bilicombi blanket. Two hour meters monitor the therapy and the total time the BiliBed has been used during hyperbilirubinemia treatment.

Highly effective

The BiliBed is equipped with a blue fluorescent tube. The light from the tube is precisely directed and set up at the minimum required distance from the baby, ensuring high light efficiency and outstanding therapeutic results.

Energy-saving operation

The BiliBed requires only a single fluorescent tube to treat hyperbilirubinemia, with a life of 1500 hours. Its power requirements are only 30 Watts. Operating costs are kept to a minimum.

Klinik Perdana dan...........??

Ini merupakan kali pertama admin menulis blog so kalau ade sebarang penambah baikkan sila lah beritahu admin yee :D



Admin bercadang untuk memfokuskan Klinik Perdana ini lebih kepada penjagaan kesihatan terhadap ibu dan bayi kerana admin sendiri pernah melalui banyak masalah apabila bayi pertama admin dilahirkan.

Ni dia si kercik admin :D


Taken this picture on :

1 September 2013 @ 10.59am

Name : Auni (admin suka nama anak 4 huruf je)

Hospital Pusat Rawatan Islam Kuala Lumpur


Isn't she CUTE?!!









So bermula la chapter baru admin apabila si kercik ni hadir dalam hidup admin. Si kercik lahir dengan keberatan 3.68kg (sangat berat!!) + Polyhydromnions (banyak air ketuban) dan Doktor pada ketika itu mencadangkan untuk mengeluarkan bayi secara LSCS (Lower Segment Caesarean Section).

Beberapa jam sahaja selepas si kercik ni tengok dunia, si kercik mengalami kekuningan yang teruk (Newborn Jaundice) dan admin pada ketika itu terpaksa la mengambil inisiatif rawatan Fototerapi (lampu Biru UV) di mana ia memberi kesan yang baik dalam menurunkan kuning bayi admin.


Alhamdulillah :D
p/s : mulut senget si kercik wei...

Bercakap mengenai Fototerapi! Klinik Perdana Seberang Takir menawarkan perkhidmatan menyewakan mesin fototerapi kepada para ibu dan bapa yang baru menerima cahaya mata dan mengalami masalah bayi kuning!!

Kita tak pakai da mesin yang lama (yang banyak kesan sampingan) seperti dehidrasi akibat kepanasan lampu, terpaksa pakai penutup mata, bayi terpaksa baring meniarap dan baring di atas mesin yang keras?

Klinik Perdana telahpun berkolaborasi (wow! ape tuh?) hehehe.. maksudnya berganding bahu dan tangan dengan syarikat Bilibaby Phototerapy Rental Kuala Terengganu di mana mereka menggunakan mesin fototerapi yang terbaru!! berjenama MEDELA! 

Admin sendiri dah review mesin fototerapi tersebut dan mesin tersebut boleh dikatakan tiada kesan sampingan langsung dan Klinik Perdana Cawangan Seberang Takir mengambil keputusan untuk menawarkan perkhidmatan ini.

Ni serba sedikit detail mesin tersebut :D

Bayi boleh baring dengan selesa, 

tanpa penutup mata, 

baring di atas mesin yang permukaannya lembut dan 

mesin fototerapi ini dilengkapi ventilator agar bayi tidak terdehidrasi akibat kepanasan.

Dan mesin ini mudah digunakan!

Mesin fototeapi yang available untuk disewakan di Klinik Perdana Seberang Takir ada 5 unit. So biasanya customer mane yang call dahulu dan buat booking akan diberikan keutamaan! Bole call number nih

Call : 013 850 8929

Kalau nak Whatsapp dulu pun boleh! Pakai number ni okay :

Whatsapp : 013 700 6685

Staff Klinik Perdana Seberang Takir sentiasa membantu anda.




Feel free to call / message and whatsapping Klinik Perdana Seberang Takir!

Nanti admin buat satu post blog yang khas tuk detail mesin fototerapi ni :D