Neonatal jaundice adalah satu keadaan yang sangat kerap berlaku pada bayi yang baru lahir. Dianggarkan lebih daripada 50% bayi mengalami keadaan ini. 'Jaune' dalam bahasa Perancis bermakna kuning.
Tanda-tanda
Sakit kuning ini dapat dilihat tanda-tandanya dengan melihat warna kulit bayi yang menjadi kuning.
Selain daripada itu, mata putih bayi kelihatan agak kuning juga. Selalunya ia bermula pada hari kedua dan ketiga dan menjadi paling buruk pada hari keempat. Kebanyakannya hilang dalam masa sepuluh hari.
Kenapa ini berlaku
Kekuningan ini adalah disebabkan oleh bahan kumuhan sel darah merah yang dinamakan bilirubin di mana ianya berwarna kuning.
Semasa di dalam kandungan, bahan kumuhan bayi dibuang melalui placenta (tali perut). Setelah bayi itu dilahirkan, fungsi-fungsi badannya akan bergantung sepenuhnya kepada hati (liver) bayi tersebut. Hati memainkan peranan penting untuk membuang bahan-bahan toksik dan bahan kumuh.
Biasanya hati bayi yang baru lahir tidak sempurna sepenuhnya. Oleh itu, pembuangan bilirubin tidak berlaku dengan baik. Hasilnya, bilirubin ini berkumpul di dalam badan bayi dan inilah yang menyebabkan kekuningan ini.
Adakah ia merbahaya
Selalunya keadaan ini tidak merbahaya dan ia akan sembuh. Bagaimanapun sekiranya ia semakin teruk, rawatan lanjut diperlukan dengan segera.
Ia dapat dikenalpasti sekiranya kulit masih kelihatan kekuningan selepas beberapa hari atau paling lama dua minggu. Antara tanda lain ialah apabila kekuningan kelihatan semakin merebak dari bahagian kepala ke bahagian-bahagian badan yang lain.
Ini mungkin terjadi bila bilirubin semakin banyak dihasilkan dan pembuangannya dari sistem badan terlalu lambat.
Sekiranya ini terjadi, paras bilirubin di dalam badan akan meningkat ke tahap toksik dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel otak.
Perkara-perkara lain
Bayi yang disusukan berkemungkinan mendapat sakit kuning. Ia dipanggil Breast Milk Jaundice dan berlaku dalam 1 hingga 2% bayi sahaja. Breast Milk Jaundice bermula agak lewat iaitu lebih kurang pada hari kelima kelahiran dan ia boleh menjangkau sehingga enam minggu.
Antara yang boleh dilakukan ialah penyusuan diberhentikan untuk beberapa hari. Pemberian susu formula atau susu kambing (dalam masyarakat Melayu) menyebabkan sakit kuning ini sembuh dengan cepat.
Bagaimanapun, keadaan bayi yang memerlukan pemakanan yang sepatutnya pada saat awal kelahiran harus dipertimbangkan sebelum pemberhentian susu badan dilakukan. Sekiranya anda dinasihatkan melakukannya, anda digalakkan menggunakan breast pump pada hari-hari anda tidak menyusukan bayi tersebut - ini adalah untuk mengekalkan ransangan pada buah dada dan pengeluaran susu.
Pemberian susu menyebabkan bayi lebih banyak membuang air dan ini boleh membantu menyingkirkan bilirubin di dalam badannya.
Meconium, iaitu najis bayi yang mula-mula dikeluarkan mengandungi banyak bilirubin. Pembuangan air yang kerap bermakna lebih banyak bilirubin dibuang dan ini bermakna kemungkinan untuk bayi mendapat sakit kuning adalah kurang.
Bayi yang diberi susu ibu sekurang-kurangnya lapan kali sehari lebih jarang menghidap sakit kuning.
Neonatal jaundice disebabkan oleh hati yang tidak boleh memproses pembuangan bilirubin di dalam badan, dan bukannya kerana jangkitan kuman atau virus hepatitis dan sebagainya.
Tidak ada langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu semasa mengandung atau selepas sahaja melahirkan anak yang boleh menghalang kejadian jaundice ini.
Sinaran UV di dalam cahaya matahari (awal pagi dan petang semasa matahari tidak terik) membantu penukaran bilirubin kepada bahan yang boleh larut di dalam air. Bahan ini kemudiannya dengan mudah dibuang melalui air kencing dan najis besar bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi hendaklah tidak didedahkan pada jangka waktu yang panjang kerana kulitnya yang nipis dan sensitif.
Selain daripada itu, phototherapy juga boleh dijalankan sebagai rawatan alternatif yang sangat berkesan.
Gambar di atas merupakan mesin fototerapi yang boleh disewakan untuk dibawa balik ke rumah agar rawatan terhadap bayi lebih selesa dan rapi. - Klinik Perdana Seberang Takir - Sewa Phototherapy Bilibaby
https://www.facebook.com/pages/Sewa-Phototherapy-Bilibaby/554616911313036?hc_location=timeline
Pemberian ubat, herba dan sebagainya tidak dibenarkan. Ini kerana hati bayi yang mengalami jaundice masing belum matang dan tidak berupaya memproses ubat atau herba yang diberi. Sebaliknya ia mungkin menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.
Pathological Jaundice adalah keadaan di mana sakit kuning ini disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu seperti jenis darah ABO atau Rhesus yang tidak serasi, jangkitan, sakit hati (liver damage) dan sebagainy. Oleh itu adalah penting rawatan lanjut dibuat sekiranya sakit kuning tidak sembuh dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment