Thursday, 8 January 2015

Klinik Perdana dan "Sendawa Bayi / Baby's Burp"

Amat penting sekali untuk anda sendawakan bayi kerana selepas menyusu, sejumlah kecil udara akan ikut serta masuk  ke dalam badan  bayi anda. 

Udara ini akan terperangkap dalam perut bayi. Oleh sebab udara ini tidak boleh keluar dengan sendiri, anda perlu sendawakan bayi anda. 

Sendawa  bayi adalah cara  mengeluarkan udara yang terperangkap. Jika tidak dilakukan, udara yang terperangkap akan membuatkan bayi tidak selesa dan juga amat berbahaya. 

Keadaan inilah yang akan menyebabkan bayi tersedak susu apabila anda terus menidurkan bayi tanpa sendawakan terlebih dahulu. Kembung perut (kolik) juga berlaku disebabkan anda tidak sendawakan bayi. 

Tanda-tanda  bayi mengalami kolik ialah  bayi berumur kurang  daripada 3 bulan, menangis dan menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis. Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama tiap-tiap hari.






4 cara sendawakan bayi

1. Bahu

Gendung bayi anda posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang  sehingga dia sendawa.

2. Meniarap di pangkuan

Meniarap bayi anda pada salah satu paha anda. Kemudian usap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.

3. Duduk menghadap ke depan

Biarkan bayi anda duduk dalam pangkuan anda dengan selesa.  Condong ke depan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar.

4. Dukung

Dukung bayi sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya. 


No comments:

Post a Comment