Showing posts with label tanda-tanda bersalin. Show all posts
Showing posts with label tanda-tanda bersalin. Show all posts

Tuesday, 6 January 2015

Klinik Perdana dan "Keguguran"

Sedikit TIPS admin nak kongsi mengenai keguguran. Moga bermanfaat ye..



Sedih sangat bila dengar ibu-ibu yang datang ke klinik sebab kandungan yang kurang aktif, keluar darah dari ari-ari dan sakit perut secara tiba-tiba.




So mohonla sangat-sangat para ibu-ibu kat luar tu jaga kandungan sebaik yang mungkin ok. Mai datang Klinik Perdana Seberang Takir buat scan ultrasound. Kitorang ade buat sampai 4D scan tau. 

haaa... so buat appointment cepat-cepat ngan Klinik kitorang ok. :D



Tips :

Elakkan mengangkat benda-benda berat dan besar.

Elakkan makan benda-benda yang dalam kategori panas dan tajam seperti nenas, air tebu, durian. Jika tahap kesihatan kita kurang mememuaskan di khuatiri kandungan boleh gugur.

Kurangkan senaman yang agak berat seperti berjoging yang memerlukan anda berlari yang menggunakan sepenuh tenaga.

Elakkan minuman bergas.

Pakai pakaian yang bersesuaian dengan tahap kandungan kita.

Jangan memanjat atau melakukan pekerjaan berat.

Kalau nak di ikutkan banyak perkara yang tak boleh di lakukan dengan sewenang-wenangnya. Bukanlah semua tak boleh. JIka kita masih di peringkat awal kandungan masih terlalu ‘ fragile’.Kalau kaki terpelecok dan terjatuh, ada sesetangah orang boleh keguguran.

Ini mungkin kerana rahim mereka sendiri dalam keadaan lemah. Cuba lebih berhati-hati jika anda sedang mengharapkan kehadiran cahaya mata.

Kalau ade tips-tips lain bolela kongsi bersama okay :D

Thursday, 1 January 2015

Klinik Perdana dan Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Kebanyakan bakal ibu mula akan mula berasa gentar kerana hari melahirkan bayi semakin tiba. Dahla tak sabar nak menatap wajah comel yang dinanti, jauh di sudut hati tetap rasa berdebar juga.



Tak kira la sama ada ni pengalaman pertama atau pengalaman yang seterusnya, perasaan takut tetap sama. Tetapi sudah tentu bakal mama yang baru pertama kali lagi kuat debarannya.

Bagi ibu yang berpengalaman, pasti sahaja sudah sedia maklum apa tanda-tanda yang menunjukkan masa bersalin semakin hampir.

Untuk bakal mama yang baru pertama kali, jom semak tanda-tanda berikut supaya anda lebih bersedia menghadapi saat-saat mendebarkan tersebut.

1. Ngilu di bahagian ari-ari

Semakin anda hampir hendak bersalin, rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa. Bakal mama juga lebih kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.


2. Sakit tulang belakang

Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan. Ini kerana di akhir kehamilan, berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.



3. Keluar lendir berdarah

Ada sesetengah bakal mama akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.


4. Keluar air ketuban

Tidak semua bakal mama mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.


5. Kontraksi rahim

Jika memang sudah sampai masanya, anda akan mengalami sakit kontraksi yang beturutan bermula sejam sekali sehingga lima minit sekali dan menjadi semakin kerap. Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu. Jadi, ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul.


6. Bukaan pintu rahim

Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak momen indah sebelum bergelar ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm ini adalah kesakitan yang paling sakit namun ia satu nikmat kelegaan saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.